Sunday, 25 March 2012

Saya cinta bumi Ireland (Darul Usrah) !

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..


Assalamualaikum.. !
Lama betul rasanya jemari ni tak menari atas papan kekunci ni untuk me'post' new entry.. mungkin x cukup masa.. mungkin malas..huhu penyakit ! hmm tapi alhamdulillah hari ni,, ditakdirkan mai menulis meluahkan isi hati tentang bumi Ireland..

Alhamdulillah mai selamat sampai di Dublin Airport, disambut cik Mis tersayang bersama sahabat2 : kak lin, kak emi, kak timah, kak radh. perjalanan yg memakan masa 18 jam begitu meletihkan + motion sickness .. Nasib baik ada kak Dila, teman seperjalanan meenemani.. taklah lonely sangat hehe

lepas tu,, balik rumah sahabat cik Mis, kak timah utk berehat n menyegarkan badan sebab pada petangnya kami akan ke Belfast, UK ! kenapa? cik Mis & sahabat yg lain ada test.. dalam perjalanan, jam menunjukkan pukul 4 petang tapi dah maghrib.. pengalaman pertama ! kak lin cakap kalau belum habis ganti puasa,, buatlah masa kat sini sebab siangnye pendek jee ^^ hah ! terlupa ! masa mai datang tengah winter,, tapi takade snow di Ireland tahun ni..sedih jugak tapi okay la.. sebab mai xtahan sejuk angin winter kat sini,, apatah lagi kalau ada snow !

Lepas exam, mai &  cik Mis balik Castlebar, County Mayo.. lusa cik Mis kerja.. Sampai rumah, jumpa housemate cik Mis,, Kak Nawwar, Kak Radh, Kak Ude & Nuryn ! Nuryn anak kak nawwar, n kak ude,, babsitter Nuryn. Comel btul budak kecik tu ! tak bosanla mai masa cik Mis pergi kerja ! ada geng,, boleh main2 dengan nuryn hehe

hmm hari berganti hari.. one day,, cik Mis bawa Mai ke Galway.. ada QC katanya.. QC? Quranic Circle.. kita duduk dalam satu bulatan, n bincangkan sama2 ayat al Quran tu.. macam usrah jugak.. best ! cik Mis naqibah kepada 5 student Medic First year NUIG.. who are kak syuq, kak Insyi, Kak Saliha, Kak nad, kak fara, ... diorang ni comel sangat ! baik betul ! heehee suka la sebab xrase lonely,, ada jugak kawan ^^
 
lepas seminggu lebih duduk di Ireland, hati rasa tak puas, kosong je,, xla excited sangat .. masih xpaham kenapa lahh mai kat sini..xlama,, benda yang mai tunggu pun tiba ! hidayahNYA ! cemana tau bahawa hidayah tu yang mai tunggu? hmm sebab bila dapat tu, hati gembira, n hati sendiri berbisik,, ohh ni lah hikmah mai di Ireland ! Allah nak beri benda besar ! yang mana x semua makhlukNya dapat..walakin begitu,, bersama dengan itu, ada tanggungjawab besar yang mahu atau x,, mai kena pikul..kena laksanakan amanh ini.. kalau tak,, cemana nak jawab depan Boss nanti kat padang tu? isk2..
عَنْ مُعَاوِيَةَ، قَالَ: سَمِعْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم، يَقُولُ مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ، وَإِنَّمَا أَنَا قَاسِمٌ وَاللهُ يُعْطِي، وَلَنْ تَزَالَ هذِهِ الأُمَّةُ قَائِمَةً عَلَى أَمْرِ اللهِ، لا يَضُرُّهُمْ مَن خَالَفَهُمْ حَتَّى يَأْتِيَ أَمْرُ اللهِ

Daripada Mu’awiyah katanya, saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang Allah s.w.t menghendaki kebaikan besar lagi banyak untuknya maka pasti Dia memberikan kepadanya kefahaman yang mendalam dalam agama, sesungguhnya daku hanya membahagikan, Allah jualah yang memberi. Umat ini akan terus berada tetap dengan agama Allah, orang-orang yang menentang mereka tidak akan mengugat mereka sehinggalah datang urusan Allah, ya’ni berlaku kiamat. (al-Bukhari, no: 71, Muslim, no: 1037)..
Ape yang Mai dapat ? Next post ! InsyALLAH..




1 comment:

  1. Alhamdulillah,Maisarah!

    Sungguh ALLAH tue Maha Mengetahui akan sesuatu yang tak kita ketahui.DIA akan berikan hidayah-Nya kepada orang-orang yang Dia izinkan.Dan,tahniah sekali lagi sebab menjadi orang itu...

    Alhamdulillah,nice posting Mai kali nie..=)

    http://iklil-syahmi.blogspot.com/

    ReplyDelete